NAMA: SITI NORHABIBAH BT MOHAMMAD FABILAH (242146)
PENGENALAN
Perdagangan elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam
bahasa Inggerisnya Electronic Commerce
(E-commerce) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak
menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih
sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri
daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak ketiga seperti bank, syarikat
kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain
lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web
untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan
pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua
pihak dan boleh dipercayai.
E-dagang adalah satu istilah bagi mana-mana jenis perniagaan,
atau urus niaga perdagangan, yang melibatkan pemindahan maklumat melalui
Internet. Ia meliputi pelbagai jenis perniagaan, dari pengguna laman runcit
berasaskan laman web lelongan atau muzik, barang-barang perniagaan dagangan
bursa dan perkhidmatan antara syarikat.
Melihat dari perspektif komunikasi, e-dagang adalah
penghantaran barang, servis, maklumat atau pembayaran melalui jaringan komputer
atau melalui pelbagai peralatan elektronik. Dilihat dari segi servis, ia
merupakan satu alat yang memenuhi permintaan peniaga dan pengguna. Perkara ini
dilihat sebagai suatu penjimatan kos dan dapat meningkatkan kualiti barang
serta memastikan kepantasan layanan peniaga atau penjual.
Jenis penggunaan e-dagang terbahagi kepada dua iaitu
melibatkan satu perniagaan kepada perniagaan yang lain, selalunya melibatkan
syarikat-syarikat yang telah mempunyai jalinan perniagaan sesama sendiri dan
berlaku pertukaran data secara berulang. Manakala jenis penggunaan yang kedua
adalah yang selalu dan digunakan dengan meluas iaitu melibatkan peniaga dan
pengguna terakhir (end user) yang
juga merupakan pelanggan sesuatu perniagaan.
Trend penggunaan e-dagang pada masa kini
dilihat menjadi tumpuan dan pilihan sebahagian besar pengguna di dunia malah di
Malaysia sahaja terlalu banyak perniagaan yang menggunakan e-dagang sebagai
salah satu platform pemasaran dan perniagaan merekan. Dengan pembangunan
internet yang semakin laju membangun, menjadikan penggunaan e-dagang bukan lagi
suatu perkara yang janggal dan mendapat kepercayaan ramai pelanggan.
SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG
Kewujudan e-dagang didorong oleh perkembangan penggunaan
internet di seluruh dunia. Jika dahulu internet hanya digunakan sebagai
rangkaian di pejabat dan sekolah, kini penggunaannya merangkumi pelbagai aspek
dan sangat meluas.
Bermula pada 1960, internet merupakan jaringan dari satu
komputer kepada komputer yang lain menggunakan kabel dalam satu ruang yang
sama. Namun penggunaan internet pada masa kini adalah sangat pesat. Manakan
tidak, internet kini dilihat sebagai salah satu keperluan utama dalam kehidupan
seharian.
Perkembangan e-dagang bermula sejak kemunculan internet
seterusnya berkembang dan wujudnya e-dagang (e-commerce). Internet lahir di
Amerika iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA,
Stanford Research Institut, Universiti Utah dan Universiti California di Santa
Barbara. Mereka telah mencipta sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara
satu sama lain yang di kenali istilah ARPAnet ( Advanced Research Project
Agency ) yang mana merupakan salah satu bahagian keamanan Negara Amerika
Syarikat.
Selepas tiga tahun, lebih dari lima puluh universiti telah terhubung
bersama-sama dalam jaringan (network), dan jaringan komputer yang lain mulai
muncul di sekitar negara dan dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang
diikuti pula dengan kerjasama jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen
NASA mengenai jaringan komputer, jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang
lain dan muncullah istilah internet.
Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi
yang menciptakan paradigma baru dalam dunia perniagaan yang dikenali sebagai Digital Marketing. Awal tahun 1990-an,
perniagaan di internet mula berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka
muncullah istilah baru Electronic
Commerce atau lebih dikenali E-commerce. Perdagangan Elektronik juga
dikenali sebagai e-dagang. E-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan yang
menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih.
KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia
digunakan untuk merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh
teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan
sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam
kehidupan seharian. Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang
ekonomi.
Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi
komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses
penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang
menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting
dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus
diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang
daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.
Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan
bukan sebaliknya. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah
banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia.
Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk
meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan
global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan
operasi mereka selaras dengan teknologi yang kini semakin maju.
Kelebihan-kelebihan e-dagang kepada usahawan:
a) Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap
usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
b) Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
c) Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan
mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
d)
Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat
dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
e)
Meningkatkan produktiviti usahawan. Para usahawan dapat
berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat
melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
f) Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat. Pembentangan
produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi
yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.
g) Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah
disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkini untuk memastikan perniagaan
berjalan dengan lancar.
h)
Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan
efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan
yang pro-aktif dan pantas.
i)
Bersedia utntuk pembangunan masa depan. Teknologi dapat
memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi
perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan
perkembangan dunia perniagaan.
j Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang
pekerjaan yang baru.
k)
Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dengan
membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat
paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat
dengan cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan
oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan
seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
l) Komunikasi dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah
menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
m) Keberkesanan kos. Teknologi membolehkan
proses perniagaan dikomputerkan di mana perniagaan akan mendapat pulangan yang
tinggi dengan menggunakan peralatan mesin yang berteknologi.
n)
Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia
yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem
yang bersifat saling bergantung.
TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DALAM MALAYSIA
Pengaruh e-dagang mula berkembang kepada perniagaan dan
perkhidmatan dengan pesatnya di negara ini. Di Malaysia, e-dagang dapat dilihat
melalui perkhidmatan dan barangan yang disediakan. Antara perkhidmatan yang
boleh kita lihat ialah dari segi ubat-ubatan, pakaian, tempahan tiket, muzik,
laman web, buku dan sebagainya.
Di Malaysia, gaya hidup berbelanja dengan menggunakan kad kredit
telah lama mendapat tempat. Keadaan ini adalah bersesuaian dan menjadi faktor
penyokong kepada jualan secara e-dagang dari segi kaedah pembayaran bagi
pengguna di Malaysia.
Perkembangan penggunaan internet telah mula meningkat
daripada tahun 1995 yang hanya berjumlah 42,000 pengguna kepda 600,000 pengguna
pada awal tahun 1999. Menurut kaji selidik Euromoney 2015, perdagangan
elektronik (e-dagang) dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan yang
memberangsangkan walau berhadapan ketidakstabilan ekonomi negara. Penggunaan
e-dagang mampu memberi peluang kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki
pasaran tempatan. E-dagang telah mengalami
era menarik dengan evolusi pantas dan inovasi teknologi. Dengan adanya
peningkatan peralatan mudah alih ini telah membuka ruang baru dan menarik untuk
peruncit untuk mendekati pelanggan mereka.
Melalui e-dagang ini juga dilihat dapat menggalakkan rakyat
Malaysia bersemangat untuk menggunakan inovasi mudah alih yang menunjukkan
kematangan pengguna tempatan. Disamping itu juga, penggunaan e-dagang akan
terus berubah dengan integrasi inovasi lebih kreatif dalam peralatan mudah
alih. Trend-trend tersebut akan dimanfaatkan oleh perniagaan di Malaysia,
disamping mampu merangsang dan membentuk pasaran e-dagang yang merupakan
pertumbuhan kritikal untuk ekonomi di Malaysia.
Namun demikian, menurut kata Menteri Komunikasi dan
Multimedia, sektor e-dagang di Malaysia masih belum di manfaatkan sepenuhnya
walaupun telah mengalami perkembangan yang ketara. (Bernama, 29 Jun 2015). Nilai
e-dagang dijangka akan berkembang dan meningkat daripada RM 53 bilion kepada RM
72 bilion menjelang akhir tahun 2015. Pada masa kini, dianggarkan kira-kira 70
peratus penduduk di Malaysia telah mempunyai akses kepada jalur lebar. Ini
membuktikan penggunaan e-dagang di Malaysia kian berkembang dan penggunaan yang
semakin meningkat.
CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG
Pelbagai cabaran dan halangan dalam penggunaan e-dagang.
Terdapat beberapa cabaran dan halangan yang dilihat dan telah dikenal pasti,
antaranya ialah, kepercayaan dalam e-dagang, kerahsiaan, kekurangan pengetahuan
pelanggan dalam sistem e-dagang, tiada interaksi secara langsung dan
penyalahgunaan sumber maklumat.
Dalam penggunaan e-dagang, kepercayaan dalam kerahsiaan juga
turut menjadi cabaran dan halangan dalam penggunaan e-dagang. Kerahsiaan ini
sering dikaitkan dengan tahap keselamatan dalam transaksi atas talian
dilakukan. Pemindahan data secara selamat haruslah dipastikan. Pengesahan
daripada kedua-dua pihak amatlah perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
daripada berlaku. Dalam menjaga kerahsiaan para pengguna e-dagang terdapat juga
pihak-pihak yang berkenaan yang mencuba
mencuri dan menembusi serta mencerobohi data semasa perpindahan data atau
transaksi dilakukan. Perkara seperti ini akan menyebabkan kebocoran data
kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi e-dagang ini berlaku. Perkara ini
seringkali menjadi keriauan dan merupakan halangan utama dalam penggunaan
aplikasi e-dagang ini.
Dari sudut kepercayaan dalam penggunaan e-dagang. Faktor
kepercayaan ini telah menjadi satu penghalang utama kepada perkembangan
aplikasi e-dagang. Ini kerana melalui sistem e-dagang ini, pembeli atau
pelanggan hanya membeli secara atas talian dan hanya mengetahui segala maklumat
tentang produk atau barangan yang ingin dibeli melalui atas talian sahaja.
Menjadi satu kerisauan dan cabaran kerana pada masa kini banyak penipuan dan
kepalsuan maklumat sering kali berlaku.
Disamping itu juga, kurangnya pengetahuan terhadap penggunaan
dalam e-dagang turut menjadi salah satu cabaran. Ini berikutan kerana tidak
semua pelanggan arif tentang penggunaan teknologi. Kurangnya pengetahuan ini
menyebabkan pelanggan meletakan tahap kepercayaan yang rendah terhadap
penggunaan aplikasi e-dagang ini.
Disamping itu juga, ketiadaan interaksi secara langsung turut
menjadi cabaran dalam e-dagang ini. Para pelanggan yang ingin melakukan
pembelian tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan peniaga sebenar dan
hanya dapat memperolehi maklumat tentang produk melalui pembacaan di skrin
komputer. Cabaran dan halangan yang seringkali dihadapi oleh para peniaga ialah
kebanyakan individu atau sesiapa sahaja boleh dan mampu membina laman sendiri
dan mendaftar nama yang dominan. Dengan itu, sukar bagi para pembeli untuk
membezakan laman yang sah dan palsu.
Segala maklumat yang dipaparkan juga turut boleh disalahguna
oleh sesetengah pihak. Ini kerana, maklumat-maklumat yang terkandung di laman
web boleh diubahsuai tanpa meninggalkan sebarang kesan. Keadaan ini menyebabkan
pihak pembekal mengalami cabaran dalam dunia maya. Pembekal yang melakukan
perniagaan secara e-dagang ini perlulah berhati-hati bagi mengekalkan mutu
perkhidmatannya.
Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang
·
Jimat masa
·
Tak perlu ruang besar
·
Kelompok pelanggan yang lebih luas
·
Pelanggan tidak perlu berjalan jauh. Ikut keselesaan
pelanggan.
KESIMPULAN
Kepesatan dan penggunaan e-dagang secara meluas dapat
meningkatkan keboleh upayaan sesebuah perniagaan bertapak di Malaysia. Dengan
hanya berbekalkan produk dan servis mereka dibantu dengan adanya servis
internet, sesebuah perniagaan tidak perlu lagi dimulakan dengan mempunyai
premis perniagaan.
E-dagang dilihat sebagai sejenis perniagaan alaf baru dengan
pelbagai manfaat kepada kedua-dua pihak baik peniaga mahupun pelanggan.
Penjimatan kos dilihat sebagai faktor utama e-dagang dipilih dalam urusan jual
beli dan perkhidmatan. Penjimatan masa juga menjadi salah satu faktor.
Pelanggan masa kini, mempunyai jadual waktu yang padat dari pengurusan kerjaya
kepada pengurusan keluarga lebih cenderung menggunakan e-dagang yang
membolehkan mereka untuk akses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa e-dagang juga merupakan
salah satu penyumbang kepada berlakunya jenayah siber. Ini dapat dilihat
apabila saban hari terdapat aduan melibatkan penipuan jual beli daripada
peniaga mahupun pelanggan. Penggunaan e-dagang dengan sesuatu perniagaan yang tidak
menjanjikan jaminan kepada keselamatan kepada sesuatu transaksi menyebabkan
pelanggan sering terpedaya. Keselamatan maklumat pelanggan juga dikhuatiri
disalah guna dan mengakibatkan kerugian kepada pelanggan. Tidak kurang juga,
kes pelanggan yang menipu transaksi bayaran kepada peniaga. Kes ini sering
berlaku kepada para peniaga apabila pelanggan memalsukan dokumen transaksi
bayaran.
Sehubungan itu, penggunaan e-dagang dilihat mempunyai
pelbagai kebaikan dan keburukan. Nilai murni dan integriti setiap penggunanya
perlu diberi kesedaran. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang meneliti
setiap perkhidmatan dan produk yang dipasarkan sebelum melanggan atau membeli.
Dengan itu, risiko untuk setiap transakasi dapat dikurangkan dan mengelakkan
menjadi mangsa penipuan siber.
RUJUKAN
- http://www.ftsm.ukm.my/aj/prokomers/pic/definisi.htm
- http://muazedagang.blogspot.my/2016/09/kepentingan-e-dagang-dalam-perniagaan.html?m=1
- https://ivytayblog.wordpress.com/2016/05/20/penggunaan-e-dagang-oleh-usahawan-usahawan-di-malaysia/
- http://snowhazel1437.blogspot.my/2016/09/cabaranhalangan-penggunaan-e-dagang.html?m=1
- http://www.nccc.org.my/v2/index.php/component/content/article/1758-isu-dan-cabaran-dalam-e-dagang
No comments:
Post a Comment