PENGENALAN
Malaysia
selepas kemerdekaan adalah negara yang terkenal sebagai negara
pertanian.Aktiviti ekonomi negara pada masa itu bergantung kepada sektor
pertanian dan perlombongan.Pertanian merupakan pembangunan penting kepada
kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan
makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin
ramai dan berkelas.Pertanian adalah merangkami semua aktiviti yang berkaitan
dengan pengeluaran makanan dan barangan
melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan.Sering masyarakat
lupa bahawa pertanian adalah meliputi aktiviti penternakan dan juga perhutanan.Industri
pertanian merupakan usaha mengolah bahan mentah menjadi berbagai macam produk
hasil olahan yang bermanfaat.Dalam industri pertanian terdapat serangkaian
kegiatan ang saling berhubungan dan berinteraksi membentuk suatu sistem ang
boiasa disebut sistem industri pertanian. Sistem industri pertanian meliputi
sistem produksi budaya tanaman , proses pengolahan sampai pemasaran dan
pengagihan. Sistem ini merupakan memanfaatkan sumber bahan mentah hasil
pertanian.Sektor pertanian merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan
sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari.Sektor
pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri
getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia
sehingga tahun 1980-an. Pada ketika itu. Ekonomi negara dimonopoli oleh
aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan.Sektor pertanian sememangnya
merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia.
Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara
negara-negara membangun dan negara-negara maju.
KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN
Sektor pertanian yang merupakan sektor
ekonomi primer amatlah penting dari segi kepentingan sosial, ekonomi dan
ekologi. Menuju wawasan 2020 yang merupakan impian dan visi semua rakat
Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju, kepentingan
sektor pertanian tidak harus dianaktirikan malah perlu dibangunkan agar seiring
dengan sektor-sektor lain yang telah meningkat.Sektor pertanian telah memainkan
peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia.Sumbangannya
dapat dilihat menerusi wujudnya peluang pekerjaan dan sebagai salah satu sumber
pendapatan utama kepada pendduk desa.Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan
melalui pembangunan sektor pertanian.Masalah kemiskinan penduduk desa juga dapat
di atasi dengan adanya sektor pertanian dan hasil pertanian juga dapat
dilipatgandakan.
Industri pertanian juga mampu
mengembangkan industri desa.Hal ini jelas terbukti melalui penubuhan industri
kecil sederhana (IKS) yang membentuk penduduk di luar Bandar untuk meningkatkan
pendapatan mereka. Baru-baru ini juga, kerajaan telah melancarkan program ‘Satu
Daerah Satu Industri’ yang memberi fokus kepada sektor pertanian. Pada ketika
ini sahaja, lebih daripada enam ribu rakyat Malaysia menceburi bidang pertanian
dengan bantuan Kemenriaan Pertanian.Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak
kerajaan untuk membantu golongan luar bandar meningkatkan pendapatan mereka
melalui sektor pertanian. Sememangnya, berbudi kepada bumi pasti tidak akan
menyesal. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat mengembangkan industri
desa dan menaikkan taraf hidup rakyat.
Kita sedia maklum betapa pentingnya
pertanian dalam negara kita, salah satunya adalah dapat menambahkan pengeluaran
bahan makanan yang dapat memenuhi keperluan masyarakat. Hal ini kerana, melalui
pertanian, negara sendiri mempunyai sumber sendiri untuk memproses bahan
makanan dan dapat dijual kepada masyarakat. Sekaligus dapat mengurangkan kos
untuk mengimport bahan makanan dari negara luar. Seperti yang sedia
maklum,apabila mengimport dari negara luar, kita akan dikenakan cas dan kita
juga mengkhuatiri cara pemprosesan dan sumber yang mereka gunakan dalam
penghasilan bahan makanan tersebut. Dengan ini, kita dapat menjamin keselamatan
bahan makanan kita jika negara Malaysia sendiri yang menjadi pengeluar bahan
makanan tersebut.
Selain itu, pertanian juga penting
sebagai pengeluar utama bahan mentah kepada negara sendiri dan negara-negara
luar.Antara bahan mentah yang di keluarkan adalah seperti getah dan kelapa
sawit. Bahan mentah seperti getah banyak diproses dan dijadikan tayar kereta,
sarung tangan dan pelbagai lagi bahan lain, kelapa sawit pula diproses dan
dijadikan minyak kelapa sawit yang
sering dugnakan sebagai minyak masak dan kegunaan dapur.Indeks imbangan
perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja import dapat
diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara kita melalui
pembangunan sektor pertanian. Hal ini disebabkan hasil sektor pertanian
dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil yang
lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit. Negara kita dengan bangganya adalahpengeluar kedua terbesar di dunia bagi
kedua-dua bahan tersebut kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam memajukan
sektor ini. Kepentingan dari segi ini juga dapat dilihat melalui sumbangan
sektor pertanian untuk menggantikan import negara. Dasar penggantian import
diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan
import dari negara asing bagi bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan
sektor ini.Sehubungan dengan itu, negara
sekaligus dapat meningkatkan lagi pendapatan eksport kesan dari penjualan dan
pengeksportan hasil pertanian tadi. Hasil penjualan tersebut membolehkan negara
menerima aliran wang asing kenagara kita sekaligus meningkatkan Kadar Dalam
Negera Kasar (KDNK).
Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar melalui pembangunan sektor pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan. Tekanan ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan negara lain melalui peningkatan hasil negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan dapat dicapai tanpa mengabaikan amanat Tuhan kepada manusia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil yang lumayan dan punca pendapatan yang stabil tanpa mengakibatkan pencemaran alam yang teruk seperti pengaruh luar yang negatif daripada pembangunan perindustrian yang pesat. Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan keseimbangan ekologi melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap beracun, pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai, kumbahan sisa kilang yang tidak bersistematik dan banyak lagi. Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga kepentingan keseimbangan ekologi.Sektor pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penanaman, penyuburan tanah, pembaikan struktur tanah dan sebagainya dapat menjamin hasil ekonomi yang lumayan di samping mengekalkan keseimbangan alam sekitar.
POTENSI BIDANG PERTANIAN
Dari segi perkembangan
pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya mengalami pelbagai perubahan
dan permodenan drastik. Dengan menggunakan pengetahuan bioteknologi, produk
pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan ketahanan. Sebagai
contoh, manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan tanaman
dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh direka
bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun penggunaan
bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk
makanan (makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk
berkenaan terus meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama
di seluruh dunia. Antara strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah
menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan baru
seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan
bunga-bungaan,meningkatkan industri asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti
Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
Semenjak
tahun 1984, tiga Dasar Pertanian Negara telah digubal untuk memajukan sektor
pertanian iaitu Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi
penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot;
Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanan kepada
peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan Dasar Pertanian Negara
Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan
liberalisasi perdagangan antarabangsa.Lantaran itu, untuk merangsang sektor
pertanian dan industri asas tani, kerajaan telah merancang untuk menjadikan
sektor ini sebagal enjin ketiga pertumbuhan ekonomi, dengan memperluaskan
tanggungjawab Kementerian Pertanian untuk merangkumi bidang industri asas tani.
Sektor pertanian juga menghadapi
pelbagai cabaran dalam memajukan
perniagaan berasaskan pertanian ini. Terdapat dua jenis cabaran yang perlu
dihadapi iaitu cabaran dalam negara sendiri seperti masalah tenaga buruh yang
menjadi cabaran utama. Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke
sektor bukan pertanian mengakibatkan kekurangan tenaga buruh dalam melancarkan
kerja,selain itu, umur tenaga buruh yang semakin meningkat dan tua adalah faktor yang menyebabkan mereka hanay
dapat menguruskan tanah dan kawasan tanaman yang kecil dan kurang dinamik bagi menghasilkan hasil tanaman yang lebih
menguntungkan. Selain itu,faktor yang menyebabkan kekurangan tenaga buruh
adalah keran golongan muda tidak lagi berminat untuk bekerja dalam bidang
pertanian dan menyebabkan majikan terpaksa mengambil pekerja dari luar.
Pendapatan yang kurang lumayan juga mengakibatkan golongan muda lebih memilih
untuk berhijrah ke bandar untuk mencari kerja lain. Mereka juga menganggap perusahaan
pertanian berisiko dan mereka membandingkan taraf hidup di bandar dan desa.
Produktiviti juga salah satu cabaran
perniagaan berasaskan pertanian yang perlu dihadapi. Hal ini kerana, kecekapan menggunakan
input pengeluaran hasil yang maksimum. Antara kekangan produktiviti dalam
meningkatkan sektor pertanian adalah sektor pertanian tidak diusahakan dengan
cekap kerana memerlukan penggunaan tenga
buruh yang masih tinggi, daya pengeluaran yang rendah. Selain itu, faktor saiz
ladang yang terlalu kecil juga membantutkan produktiviti kerana keluasan yang
kecil manyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang ekonomikal dan hasilnya
juga rendah.Petani kurang menggunakan teknologi yang leboh berkesan katas
tanaman dan juga perubahan cuaca iklim yang memberi kesan kepada tanaman.
Selain daripada itu, negara juga menhadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand , Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu diimport dari luar negeri seperti Taiwan .harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan dalam bidang penternakan dan dapat menampung keperluan semasa.
Selain itu, cabaran perniagaan dalam
sektor pertanian adalah kurangnya penggunaan teknologi dalam membangunkan
sektor berikut. Oleh yang demikian, petani tiada pengalaman berkaitan genetic
dan fisiologi dalam perkembangan
tumbuhan serta penyelidikan saintifik untuk memperbaiki teknolgi penanaman dan
pemprosesan hasil tanaman. Misalnya, jika dahulu pengeluaran ghetah dapat
dihasilkan setakat 400kg sehektar dalam masa setahun, tetapi dengan adanya
teknologi dalam pertanian, maka, kini pengeluaran getah sudah mempunyai baka
baharu yang mampu menghasilkan pengeluaran getah lebih dari 3000kg sehektar
dalam setahun. Ini adalah kesan dari pentingnya teknologi dalam pertanian.
Sektor pertanian juga masih kekurangan kemudahan
peralatan dan jenterapetanian baik dalam
aktiviti pemprosesan serta pengangkutan. Kesan dari hal berikut, isu ini telah
membantutkan perkembangan pertanian dengan lebih meluas.Perkara ini menyebabkan
petani mengalami kerugian kerana hasil tanaman tidak dapat bertahan lebih lama
dan sering menghadapi maslaah serangga akibat kekurangan racun serangga dan
baja kimia yang mesra alam.
Berikutan
dari kekurangan berikut, petani yang hanya menggunakan baja kimia dan telah
menyebabkan kesuburan tanah telah hilang dan memberi kesan kepada penghasilan
bahan mentah.Jika petani mempunyai pengetahuan dalam teknologi, para petani
boleh memanfaatkan baja kompos dan jentera menuai.
SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN
Untuk
merangsang sektor pertanian dan industri asas tani, Kerajaan telah merancang
untuk menjadi sektor ini sebagal enjin ketiga pertumbuhan ekonomi. Ini
bertujuan supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan
semua aspek pengurusan rantaian bekalan iaitu dari peringkat pengeluaran benih,
pengeluaran, pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan,
pelabelan, pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran,
penjenamaan, pemerosesan sehingga dijual kepada pengguna. Selain daripada
pengeluaran pertanian, fokus masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani
yang boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana terutamanya dalam
bidang-bidang tambah nilai yang baru.
Kerajaan melihat
bahawa bagi memajukan sektor pertanian, pertanian komersial, iaitu melalui
amalan kaedah terkini seperti aplikasi teknologi dan penemuan penyelidikan dan
pembangunan (R&D), termasuk penggunaan bioteknologi perlu
diaplikasikan.Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan turut mengenal pasti
beberapa bidang dan produk baru yang berpotensi untuk dimajukan bagi
mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Salah satu sumber pertumbuhan baru
yang dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan
eksotik, ‘minimally processed food’ dan produk-produk bioteknologi seperti
kultur sel, ‘pharmaceutical’, ‘nutraceutical’, produk-produk herba dan makanan
ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.
Selain itu, Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan
tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah
mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping
mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu,
penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia
(BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
(1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) (1973) dan
beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan,
kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi
pembangunan sektor pertanian.Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai
1992, sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak
3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada
tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan
pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM
35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak
9.8%.
KESIMPULAN
Sektor
Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam
perdagangan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah
kepada penduduk dunia. Kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian di
negaranya menunjukkan keupayaan negara tersebut membekalkan makanan yang
mencukupi kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat, Australia dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor
pertanian di negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan
yang berdaya saing dan menguntungkan. Masa hadapan sektor pertanian adalah
mencabar memandangkan kepada persaingan global.Walaubagaimana pun
cabaran-cabaran ini menyediakan peluang-peluang baru yang boleh diambil
kesempatan oleh swasta dan golongan sasar.Bidang pertanian boleh dimajukan
untuk menjana keuntungan dengan syarat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh
dan sepenuh masa dengan menumpu perhatian kepada kehendak pelanggan. Kerajaan
bersedia untuk memudahcara penglibatan semua pihak di dalam sektor ini dan
segala tindakan akan diambil untuk maksud tersebut. Semangat kerjasama teamwork antara
semua yang terlibat dapat memastikan pencapaian yang lebih cemerlang
RUJUKAN
1. Blog Sekolahku Rumahku. Isnin 2 April
2012 masalah-masalah sektor pertanian
2. Blog Rasmi MARDI, (18 Jan 2012 )
3. Usm, kecemerlangan sektor pertanian dan
dasar pertanian Negara ketiga (DPN3) 1998-2010
No comments:
Post a Comment