Thursday, 1 December 2016

PENGGUNAAN E-DAGANG OLEH USAHAWAN DI MALAYSIA

NAMA: SITI NORHABIBAH BT MOHAMMAD FABILAH (242146)

PENGENALAN


Perdagangan elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (E-commerce) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

E-dagang adalah satu istilah bagi mana-mana jenis perniagaan, atau urus niaga perdagangan, yang melibatkan pemindahan maklumat melalui Internet. Ia meliputi pelbagai jenis perniagaan, dari pengguna laman runcit berasaskan laman web lelongan atau muzik, barang-barang perniagaan dagangan bursa dan perkhidmatan antara syarikat.

Melihat dari perspektif komunikasi, e-dagang adalah penghantaran barang, servis, maklumat atau pembayaran melalui jaringan komputer atau melalui pelbagai peralatan elektronik. Dilihat dari segi servis, ia merupakan satu alat yang memenuhi permintaan peniaga dan pengguna. Perkara ini dilihat sebagai suatu penjimatan kos dan dapat meningkatkan kualiti barang serta memastikan kepantasan layanan peniaga atau penjual.



Jenis penggunaan e-dagang terbahagi kepada dua iaitu melibatkan satu perniagaan kepada perniagaan yang lain, selalunya melibatkan syarikat-syarikat yang telah mempunyai jalinan perniagaan sesama sendiri dan berlaku pertukaran data secara berulang. Manakala jenis penggunaan yang kedua adalah yang selalu dan digunakan dengan meluas iaitu melibatkan peniaga dan pengguna terakhir (end user) yang juga merupakan pelanggan sesuatu perniagaan.

Trend penggunaan e-dagang pada masa kini dilihat menjadi tumpuan dan pilihan sebahagian besar pengguna di dunia malah di Malaysia sahaja terlalu banyak perniagaan yang menggunakan e-dagang sebagai salah satu platform pemasaran dan perniagaan merekan. Dengan pembangunan internet yang semakin laju membangun, menjadikan penggunaan e-dagang bukan lagi suatu perkara yang janggal dan mendapat kepercayaan ramai pelanggan.

SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG


Kewujudan e-dagang didorong oleh perkembangan penggunaan internet di seluruh dunia. Jika dahulu internet hanya digunakan sebagai rangkaian di pejabat dan sekolah, kini penggunaannya merangkumi pelbagai aspek dan sangat meluas.

Bermula pada 1960, internet merupakan jaringan dari satu komputer kepada komputer yang lain menggunakan kabel dalam satu ruang yang sama. Namun penggunaan internet pada masa kini adalah sangat pesat. Manakan tidak, internet kini dilihat sebagai salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian.

Perkembangan e-dagang bermula sejak kemunculan internet seterusnya berkembang dan wujudnya e-dagang (e-commerce). Internet lahir di Amerika iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford Research Institut, Universiti Utah dan Universiti California di Santa Barbara. Mereka telah mencipta sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain yang di kenali istilah ARPAnet ( Advanced Research Project Agency ) yang mana merupakan salah satu bahagian keamanan Negara Amerika Syarikat.

Selepas tiga tahun, lebih dari lima puluh universiti telah terhubung bersama-sama dalam jaringan (network), dan jaringan komputer yang lain mulai muncul di sekitar negara dan dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang diikuti pula dengan kerjasama jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen NASA mengenai jaringan komputer, jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang lain dan muncullah istilah internet.

Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang menciptakan paradigma baru dalam dunia perniagaan yang dikenali sebagai Digital Marketing. Awal tahun 1990-an, perniagaan di internet mula berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka muncullah istilah baru Electronic Commerce atau lebih dikenali E-commerce. Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang. E-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih.

  

KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN


Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi.

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.

Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang kini semakin maju.

Kelebihan-kelebihan e-dagang kepada usahawan:
a)    Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
b)           Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
c)      Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
d)        Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
e)        Meningkatkan produktiviti usahawan. Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
f)     Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat. Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.
g)         Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkini untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.
h)        Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
i)          Bersedia utntuk pembangunan masa depan. Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
j         Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.



k)         Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
l)      Komunikasi dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
m) Keberkesanan kos. Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan di mana perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin yang berteknologi.
n)        Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung.

TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DALAM MALAYSIA


Pengaruh e-dagang mula berkembang kepada perniagaan dan perkhidmatan dengan pesatnya di negara ini. Di Malaysia, e-dagang dapat dilihat melalui perkhidmatan dan barangan yang disediakan. Antara perkhidmatan yang boleh kita lihat ialah dari segi ubat-ubatan, pakaian, tempahan tiket, muzik, laman web, buku dan sebagainya.

Di Malaysia, gaya hidup berbelanja dengan menggunakan kad kredit telah lama mendapat tempat. Keadaan ini adalah bersesuaian dan menjadi faktor penyokong kepada jualan secara e-dagang dari segi kaedah pembayaran bagi pengguna di Malaysia.

Perkembangan penggunaan internet telah mula meningkat daripada tahun 1995 yang hanya berjumlah 42,000 pengguna kepda 600,000 pengguna pada awal tahun 1999. Menurut kaji selidik Euromoney 2015, perdagangan elektronik (e-dagang) dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan walau berhadapan ketidakstabilan ekonomi negara. Penggunaan e-dagang mampu memberi peluang kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki pasaran tempatan. E-dagang telah mengalami  era menarik dengan evolusi pantas dan inovasi teknologi. Dengan adanya peningkatan peralatan mudah alih ini telah membuka ruang baru dan menarik untuk peruncit untuk mendekati pelanggan mereka.

Melalui e-dagang ini juga dilihat dapat menggalakkan rakyat Malaysia bersemangat untuk menggunakan inovasi mudah alih yang menunjukkan kematangan pengguna tempatan. Disamping itu juga, penggunaan e-dagang akan terus berubah dengan integrasi inovasi lebih kreatif dalam peralatan mudah alih. Trend-trend tersebut akan dimanfaatkan oleh perniagaan di Malaysia, disamping mampu merangsang dan membentuk pasaran e-dagang yang merupakan pertumbuhan kritikal untuk ekonomi di Malaysia.

Namun demikian, menurut kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, sektor e-dagang di Malaysia masih belum di manfaatkan sepenuhnya walaupun telah mengalami perkembangan yang ketara. (Bernama, 29 Jun 2015). Nilai e-dagang dijangka akan berkembang dan meningkat daripada RM 53 bilion kepada RM 72 bilion menjelang akhir tahun 2015. Pada masa kini, dianggarkan kira-kira 70 peratus penduduk di Malaysia telah mempunyai akses kepada jalur lebar. Ini membuktikan penggunaan e-dagang di Malaysia kian berkembang dan penggunaan yang semakin meningkat.

CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG


Pelbagai cabaran dan halangan dalam penggunaan e-dagang. Terdapat beberapa cabaran dan halangan yang dilihat dan telah dikenal pasti, antaranya ialah, kepercayaan dalam e-dagang, kerahsiaan, kekurangan pengetahuan pelanggan dalam sistem e-dagang, tiada interaksi secara langsung dan penyalahgunaan sumber maklumat.

Dalam penggunaan e-dagang, kepercayaan dalam kerahsiaan juga turut menjadi cabaran dan halangan dalam penggunaan e-dagang. Kerahsiaan ini sering dikaitkan dengan tahap keselamatan dalam transaksi atas talian dilakukan. Pemindahan data secara selamat haruslah dipastikan. Pengesahan daripada kedua-dua pihak amatlah perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Dalam menjaga kerahsiaan para pengguna e-dagang terdapat juga pihak-pihak  yang berkenaan yang mencuba mencuri dan menembusi serta mencerobohi data semasa perpindahan data atau transaksi dilakukan. Perkara seperti ini akan menyebabkan kebocoran data kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi e-dagang ini berlaku. Perkara ini seringkali menjadi keriauan dan merupakan halangan utama dalam penggunaan aplikasi e-dagang ini.


Dari sudut kepercayaan dalam penggunaan e-dagang. Faktor kepercayaan ini telah menjadi satu penghalang utama kepada perkembangan aplikasi e-dagang. Ini kerana melalui sistem e-dagang ini, pembeli atau pelanggan hanya membeli secara atas talian dan hanya mengetahui segala maklumat tentang produk atau barangan yang ingin dibeli melalui atas talian sahaja. Menjadi satu kerisauan dan cabaran kerana pada masa kini banyak penipuan dan kepalsuan maklumat sering kali berlaku.

Disamping itu juga, kurangnya pengetahuan terhadap penggunaan dalam e-dagang turut menjadi salah satu cabaran. Ini berikutan kerana tidak semua pelanggan arif tentang penggunaan teknologi. Kurangnya pengetahuan ini menyebabkan pelanggan meletakan tahap kepercayaan yang rendah terhadap penggunaan aplikasi e-dagang ini.

Disamping itu juga, ketiadaan interaksi secara langsung turut menjadi cabaran dalam e-dagang ini. Para pelanggan yang ingin melakukan pembelian tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan peniaga sebenar dan hanya dapat memperolehi maklumat tentang produk melalui pembacaan di skrin komputer. Cabaran dan halangan yang seringkali dihadapi oleh para peniaga ialah kebanyakan individu atau sesiapa sahaja boleh dan mampu membina laman sendiri dan mendaftar nama yang dominan. Dengan itu, sukar bagi para pembeli untuk membezakan laman yang sah dan palsu.

Segala maklumat yang dipaparkan juga turut boleh disalahguna oleh sesetengah pihak. Ini kerana, maklumat-maklumat yang terkandung di laman web boleh diubahsuai tanpa meninggalkan sebarang kesan. Keadaan ini menyebabkan pihak pembekal mengalami cabaran dalam dunia maya. Pembekal yang melakukan perniagaan secara e-dagang ini perlulah berhati-hati bagi mengekalkan mutu perkhidmatannya.

Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang
·         Jimat masa
·         Tak perlu ruang besar
·         Kelompok pelanggan yang lebih luas
·         Pelanggan tidak perlu berjalan jauh. Ikut keselesaan pelanggan.


KESIMPULAN


Kepesatan dan penggunaan e-dagang secara meluas dapat meningkatkan keboleh upayaan sesebuah perniagaan bertapak di Malaysia. Dengan hanya berbekalkan produk dan servis mereka dibantu dengan adanya servis internet, sesebuah perniagaan tidak perlu lagi dimulakan dengan mempunyai premis perniagaan.

E-dagang dilihat sebagai sejenis perniagaan alaf baru dengan pelbagai manfaat kepada kedua-dua pihak baik peniaga mahupun pelanggan. Penjimatan kos dilihat sebagai faktor utama e-dagang dipilih dalam urusan jual beli dan perkhidmatan. Penjimatan masa juga menjadi salah satu faktor. Pelanggan masa kini, mempunyai jadual waktu yang padat dari pengurusan kerjaya kepada pengurusan keluarga lebih cenderung menggunakan e-dagang yang membolehkan mereka untuk akses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa e-dagang juga merupakan salah satu penyumbang kepada berlakunya jenayah siber. Ini dapat dilihat apabila saban hari terdapat aduan melibatkan penipuan jual beli daripada peniaga mahupun pelanggan. Penggunaan e-dagang dengan sesuatu perniagaan yang tidak menjanjikan jaminan kepada keselamatan kepada sesuatu transaksi menyebabkan pelanggan sering terpedaya. Keselamatan maklumat pelanggan juga dikhuatiri disalah guna dan mengakibatkan kerugian kepada pelanggan. Tidak kurang juga, kes pelanggan yang menipu transaksi bayaran kepada peniaga. Kes ini sering berlaku kepada para peniaga apabila pelanggan memalsukan dokumen transaksi bayaran.




Sehubungan itu, penggunaan e-dagang dilihat mempunyai pelbagai kebaikan dan keburukan. Nilai murni dan integriti setiap penggunanya perlu diberi kesedaran. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang meneliti setiap perkhidmatan dan produk yang dipasarkan sebelum melanggan atau membeli. Dengan itu, risiko untuk setiap transakasi dapat dikurangkan dan mengelakkan menjadi mangsa penipuan siber.

 

RUJUKAN

  1. http://www.ftsm.ukm.my/aj/prokomers/pic/definisi.htm
  2. http://muazedagang.blogspot.my/2016/09/kepentingan-e-dagang-dalam-perniagaan.html?m=1
  3. https://ivytayblog.wordpress.com/2016/05/20/penggunaan-e-dagang-oleh-usahawan-usahawan-di-malaysia/
  4. http://snowhazel1437.blogspot.my/2016/09/cabaranhalangan-penggunaan-e-dagang.html?m=1
  5. http://www.nccc.org.my/v2/index.php/component/content/article/1758-isu-dan-cabaran-dalam-e-dagang

CABARAN PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

NAMA: SITI RODIAH BINTI YEAH (242152)


Pengenalan
Pada peringkat awalnya, pertanian di negara kita hanya berfungsi untuk memenuhi keperluan asas rakyat tempatan. Kini, fungsi pertanian ternyata telah berubah. Pertanian dilihat sebagai perniagaan yang memberi prospek besar kepada seluruh masyarakat Malaysia, membantu merapatkan jurang sosial ekonomi dalam masyarakat dan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Kerajaan telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan.

Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian. Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional.

Banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan usahawan tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global. Kerajaan mahu supaya golongan petani membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan.
  
Kepentingan bidang pertanian

Pertanian dilihat sebagai perniagaan yang memberi prospek besar kepada seluruh masyarakat Malaysia. Bidang pertanian bukan sahaja dapat membantu merapatkan jurang sosial malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Sebelum negara mencapai kemerdekaan sehingga tahun 1980-an, sektor pertanian telah memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang berpanjangan, pembasmian kemiskinan, dan keselamatan makanan negara. Di sebalik sumbangan sektor pertanian yang semakin berkurangan, ia masih merupakan satu-satunya sektor yang sumbangannya agak signifikan dan memberi kestabilan ketika negara berhadapan kegawatan ekonomi sekitar tahun 1986-1987 dan 1997-1998.

Pembangunan sektor pertanian adalah berpandukan kepada Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) dan Dasar Komoditi Negara (2011-2020) yang bermatlamat meningkatkan pengeluaran makanan dan eksport komoditi industri. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, sektor pertanian dianggarkan mencatat kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 2.4 peratus. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), sektor pertanian yang terdiri daripada subsektor agromakanan dan komoditi industri akan ditransformasi dan dimodenkan supaya menjadi sektor berpendapatan tinggi dan mampan. Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar 3.5 peratus setahun dan menyumbang sebanyak 7.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020.

Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang diletakkan di bawah 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (National Key Economic Area – NKEA) sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. NKEA Pertanian disasarkan untuk meningkatkan jumlah sumbangan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM34 bilion untuk mencapai RM49 bilion menjelang tahun 2020.

Selain itu, NKEA ini akan mewujudkan 75,000 pekerjaan tambahan, terutamanya di kawasan luar bandar dan menetapkan sasaran untuk menaikkan pendapatan petani yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini sebanyak dua hingga empat kali ganda. Bekalan bahan mentah adalah penting untuk memproses makanan bagi tujuan memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Hasil pertanian tersebut selain digunakan di dalam negara ia juga dieksport ke luar negara. Kos untuk mengimport hasil pertanian dari luar negara juga dapat dikurangkan dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Hasil penjimatan itu dapat disalurkan kepada bidang pertanian untuk ditingkatkan lagi hasil pengeluarannya. Sebagai contoh, beras merupakan makanan ruji penduduk Malaysia. Kita dapat menikmati harga beras yang rendah hasil sumbangan bidang pertanian tanpa perlu mengimport beras dari negara lain.

Bidang pertanian juga dapat mengembangkan industri desa melalui penubuhan Industri Kecil Sederhana (IKS). Melalui penubuhan IKS ini, masyarakat atau penduduk di kawasan kampung dapat menjana pendapatan mereka. Produk atau barangan berasaskan pertanian yang dihasilkan oleh mereka dijual sama ada dalam pasaran negara atau ke luar negara bergantung kepada permintaan. Kerajaan juga telah melancarkan program ‘Satu Daerah Satu Industri’ yang memberi fokus hanya dalam bidang pertanian.

Selain itu, bidang pertanian berperanan mengekalkan keseimbangan ekosistem. Secara asas nya, cengkaman akar tanaman di dalam tanah dapat membantu mengawal hakisan tanah dan memelihara tebing sungai serta menguatkan cerun. Proses fotosintesis yang dijalankan oleh tumbuhan hijau pula membebaskan gas oksigen ke udara untuk keperluan pernafasan manusia dan haiwan. Seluruh dunia kini sedang giat menjayakan Kempen Menanam Pokok.
  

Potensi bidang pertanian sebagai perniagaan yang menguntungkan

Bidang pertanian mampu menjana pendapatan yang besar kepada petani dan juga kepada negara. Pemborong akan membeli hasil tani yang dituai oleh petani-petani kecil untuk dijual ke pasaran yang lebih besar. Bidang pertanian dilihat berpotensi tinggi untuk dibawa ke peringkat antarabangsa kerana hasil keluarannya mempunyai kualiti yang tinggi dan setanding dengan negara-negara pertanian yang lain. Malaysia juga mampu mengeksport hasil tanaman dalam kuantiti yang banyak kerana tanah di Malaysia sangat subur, luas dan sesuai untuk bidang pertanian.

‘Pertanian Adalah Perniagaan’. Itu lah slogan kerajaan melalui Jabatan Pertanian Malaysia dalam usaha menarik minat usahawan tempatan bergiat di dalam bidang pertanian secara berskala kecil mahu pun berskala besar. Ini membuktikan betapa kerajaan amat komited terhadap usaha untuk memajukan dan mentransformasikan sektor pertanian. Skop pertanian tidak terhad kepada penanaman padi sebagai makanan asasi rakyat Malaysia, tetapi turut meliputi tanaman getah, kelapa sawit, tembakau, lada hitam, jagung, nenas, koko, tanaman bunga, sayur-sayuran seperti cili dan lain-lain. Justeru usahawan mempunyai banyak pilihan untuk mempelbagaikan hasil pertanian untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah daripada industri hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui pelaburan di luar negara akan diusahakan.

  
Pertanian juga dapat dijadikan perniagaan apabila konsep agro-pelancongan diterapkan. Agro-pelancongan dibangunkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sementara Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi. Ia adalah satu konsep pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia kaya dengan keindahan alam semulajadinya. Pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan disediakan kepada para pelancong. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agro pelancongan ini adalah lawatan ke dusun buah-buah dan ladang ternakan, penyelidikan, homestay dan sebagainya. Felda Residence Tekam yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), Jerantut, Pahang adalah antara contoh pusat peranginan agro-pelancongan yang berbaloi untuk dikunjungi. Selain menjadi pusat pelancongan berasas pertanian, resort juga turut menyediakan lawatan ke ladang buah-buahan seperti nangka, durian, rambutan, manggis, langsat, duku dan jambu mawar. Tetamu juga diajar tentang teknik pertanian moden yang digunakan di kawasan itu.



 Cabaran/ halangan bidang perniagaan yang menguntungkan

Pertanian adalah suatu usaha yang melibatkan tanah dan juga cuaca. Dua sumber ini memainkan peranan yang besar terhadap hasil tuaian. Tanah adalah keperluan utama untuk pertanian. Tanah merupakan sesuatu yang penting bagi pengusaha pertanian kerana dari segi ekonomi tanah merupakan salah satu faktor pengeluaran. Tanah merupakan faktor pengeluaran yang tidak boleh ditambah kerana ia terhad kepada keluasan muka bumi yang ada di sesebuah negeri. Pengusaha yang ingin bertani dalam kawasan bandar akan mengalami masalah mencari tanah. Hal ini kerana tahap kesuburan tanah di bandar telah terjejas akibat pelbagai aktiviti pembangunan dan juga pencemaran. Terdapat pengusaha pertanian yang menyewa tanah orang lain untuk menjalankan aktiviti pertanian di bandar. Namun, disebabkan oleh urbanisasi, harga tanah di bandar semakin meningkat. Kekurangan tanah kosong bagi melakukan aktiviti pertanian merupakan halangan yang sangat signifikan bagi kawasan bandar kerana persaingan guna tanah untuk pembangunan lain. Lazimnya, aktiviti pertanian akan tertolak ke pinggir bandar. Saiz tanah yang terhad hanya menghasilkan jumlah pengeluaran berskala kecil sahaja dan menampung keperluan di pasar-pasar dan kedai-kedai sekitar nya. Hal ini tidak membantu meningkatkan julat keuntungan kepada pengusaha, sebaliknya pendapatan yang statik ditambah pula beban kos utiliti yang saban hari semakin tinggi, hanya mengundang kepada masalah baru iaitu peningkatan harga makanan dan harga barangan.

Selain tanah, kekurangan benih merupakan antara halangan yang melanda bidang pertanian. Kebanyakan anak benih kini diimport dari luar mahupun dalam negara. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan kos pengeluaran akan meningkat. Halangan yang lain dalam perniagaan berasaskan pertanian ialah usia petani yang sudah lanjut saban hari.Tenaga buruh dalam sektor pertanian rata-ratanya melebihi usia 55 tahun mengikut statistik yang diambil oleh jawatankuasa Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Keadaan ini berpunca daripada penghijrahan golongan belia yang ramai ke bandar-bandar besar atau di ibu kota untuk mencari peluang pekerjaan. Masalah ini juga berpunca daripada kurangnya minat sesetengah pihak terhadap sektor pertanian.Golongan belia berpendapat, bahawa pekerjaan dalam sektor pertanian hanya layak dilakukan oleh golongan yang sudah berusia ataupun sudah pencen.Bagi mereka, pertanian hanyalah satu bidang yang dijalankan untuk mengisi masa lapang.
Kekurangan modal juga merupakan cabaran dan halangan dalam membentuk perniagaan yang berasaskan pertanian. Mereka yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman sukar untuk mencari modal yang besar untuk membeli peralatan dan teknologi yang lebih baik dan canggih. Jika mereka masih menggunakan peralatan dan teknologi yang lama, mereka akan jauh ketinggalan di belakang. Zaman sekarang merupakan zaman teknologi canggih di mana kebanyakan kerja dilakukan oleh mesin. Mesin akan melakukan kerja dari awal hingga selesai proses kerja tersebut. Sebagai contoh, mesin traktor digunakan untuk membajak sawah. Modal atau kos yang diperlukan untuk membelinya agak besar dan tidak semua petani mampu membelinya. Duit yang mereka perolehi terpaksa digunakan untuk tujuan yang lebih penting.
Serangan pelbagai penyakit kepada tumbuhan atau ternakan menjadikan perkara ini sebagai cabaran dan halangan kepada kemajuan perniagaan berasaskan pertanian. Petani yang mengusahakan tanaman dan ternakan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang dan masa yang banyak untuk mengatasi perkara ini.
Malahan faktor bencana alam seperti banjir, kemarau dan tanah runtuh mempengaruhi jumlah pengeluaran semasa dan lebih teruk lagi pengusaha terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat kemusnahan tanaman. Tambahan pula jika perubahan iklim dunia secara mendadak akan turut menjejaskan bekalan makanan dunia dan bidang pertanian turut terjejas. Contohnya fenomena El Nino yang telah menjejaskan hasil tanaman pertanian tanamana harumanis dan rock melon di Perlis sekitar Mei 2016. Ini adalah diakibatkan cuaca yang panas melampau dan menyebabkan tanah kekurangan air. Kemarau yang panjang ini menjejaskan pengeluaran harumanis hampir 50% menyebabkan banyak tempahan eksport terpaksa dibatalkan.


Sokongan dan bantuan kerajaan kepada perniagaan berasaskan pertanian

Pihak kerajaan telah memberikan pelbagai sokongan dan bantuan kepada peniaga yang berniaga produk dan barangan yang berasaskan pertanian. Pihak kerajaan menyedari golongan pengusaha ini amat memerlukan sokongan dan bantuan bagi memudahkan perniagaan mereka. Bantuan dari segi pinjaman kewangan, kursus dan bengkel serta khidmat nasihat sering diberikan oleh organisasi awam seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Hal ini dapat membantu mereka meningkatkan lagi mutu kerja dan kualitinya di samping menambahkan lagi kuantiti pengeluaran. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan petani di Malaysia telah diperkenalkan.

Di samping itu, kerajaan menggalakkan usahawan, petani dan pekebun kecil agar dapat mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden, penggunaan jentera baru dan teknologi terkini serta menggiatkan Amalan Pertanian Baik (APB) atau juga dikenali sebagai Good Agricultural Practices (GAP). APB merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan pertanian Jabatan Pertanian Malaysia bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan selamat dimakan. APB merangkumi pengurusan ladang yang lebih mesra kepada alam sekitar. APB juga bertindak memastikan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengusaha ladang semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi ladang adalah berkualiti, produk yang dikeluarkan selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan juga pekerja ladang.

Malah agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada siswazah universiti awam dan swasta yang berminat untuk menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang khusunya agromakanan dan pertanian. Komitmen berterusan pihak kerajaan dalam membantu sektor pertanian juga dapat dilihat melalui pelbagai insentif yang diberikan termasuk subsidi harga padi dan beras, subsidi baja, insentif pengeluaran padi, insentif tangkapan ikan, elaun sara hidup nelayan dan sebagainya. Semua insentif ini diwujudkan bagi membantu para usahawan yang baharu dalam bidang masing-masing dan meringankan beban mereka di samping membantu warga tani sedia ada.

Promosi juga telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membuka mata masyarakat tentang perniagaan yang berasaskan pertanian. Banyak program telah dijalankan bagi mempromosikan bidang ini dan beberapa festival telah diadakan. Sejak beberapa tahun ini, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) sangat dinantikan oleh semua pihak. Tahun ini MAHA diadakan selama 11 hari bermula 01 Disember sehingga 11 Disember 2016 yang bertempat di MAEPS Serdang, Selangor. Fokus MAHA 2016 kali ini adalah kepada pelancongan tani, perdagangan dan gaya hidup agro, inovasi teknologi terkini. Ianya menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus golongan usahawan muda melalui Agro Youth.

“Orang muda adalah golongan sasaran. Jadi, mereka amat dialu-alukan untuk datang dan terbabit dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sempena MAHA 2016 selaras matlamat kementerian meningkatkan perintis dalam sektor pertanian”

-Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (BHONLINE-JUMAAT, 25 MAC 2016)

Insentif dan kemudahan turut disediakan bagi mendorong orang ramai  terutama  golongan muda untuk menyertai bidang ini. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang dalam bidang pertanian untuk menggalakkan golongan muda menceburinya. Perkara ini merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah-buahan dan sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, mewujudkan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.


Kesimpulan

“Pertanian adalah perniagaan’ adalah suatu slogan yang perlu bertepatan dalam usaha meningkatkan pendapatan seharian. Pertanian yang diusaha secara komersial mampu menjana eknomi dan menggerakkan pembangunan negara. Selain daripada itu, bidang ini juga ia mampu mengurangkan pengimportan barang makanan dari luar negara yang menelan kos perbelanjaan yang besar. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan penduduk yang tinggal di kawasan kampung atau pedalaman berhijrah ke kawasan bandar demi mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.
Sektor pertanian merupakan sektor yang mempunyai potensi yang besar dalam membantu mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan mentah dari negara luar. Kesanggupan kerajaan untuk memberikan perhatian yang lebih atau khusus kepada sektor pertanian negara adalah satu langkah bijak. Ini kerana perniagaan berasaskan pertanian mempunyai harapan untuk menjadikan pengusahanya berjaya. Golongan muda terutamanya perlu mengambil peluang dan memanfaatkan bantuan dari pihak kerajaan.
Negara kita Malaysia mempunyai tanah yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah sumber perniagaan yang ada.


  
7.0      Rujukan


12.  Rafiqah Mat dan Aziz Abdul Majid. (2015), Kepentingan Pertanian Bandar Dan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Petani Bandar Di Malaysia, International Journal of Environment, Society and Space

INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

NAMA: BAIZURA NIERMA BINTI BORHANDIN (229221)
 
 
 
PENGENALAN
Pembangunan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara evolusi untuk mencapai keadaan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Ini meliputi kesemua aspek kehidupan manusia, kegiatan ekonomi, negara dan sebagainya.
 
 
“Development has usually been treated as a process, a particular kind of social change. Nevertheless, development is also a state or condition. Whenever a society is called developed or underdeveloped we refer to its present condition. Similarly, when development is declared to be a major goal of Third World nations, the allusion is to a terminal condition, not to a process. Thus the single term ‘development’ refers both to the destination of a journey and to the journey itself.”
Goulet (1968), dalam Pearce (1989)
 
 
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Malahan kedudukan geografinya telah menjadikannya tempat pilihan pelancong di luar mahupun dalam negara untuk datang berkunjung.
 
 
Industri Pelancongan di Malaysia telah dikenalpasti sebagai pendorong utama di dalam aktiviti keusahawanan yang dikategorikan di dalam sektor perkhidamatan. Teras keseluruhan dasar dalam sektor pelancong ialah untuk mencapai pertumbuhan pelancongan yang mampan. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang lebih besar dalam merangsangkan ekonomi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan prestasi industri pelancongan. Ia dapat di lihat dengan pembangunan industri pelancongan di Malaysia kini telah mencapai tahap dapat dibanggakan. Antara faedah utama yang diperolehi daripada pembangunan industri pelancongan, iaitu, peningkatan pendapatan kepada keseluruhan ekonomi menerusi impak pengganda, pembangunan kawasan bukan perindustrian, membuka pekerjaan yang lebih luas, memaparkan ketamadunan atau sejarah sesebuah negara, dan pembangunan sosial. Justeru itu, terdapat banyak usaha-usaha yang dijalankan bagi meningkatkan lagi industri pelancongan ini.
 
 
Perindustrian bermaksud penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan perkhidmatan. Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan dikebanyakan negara membangun, terutama dari segi daya pengeluaran dan daya keupayaan penyerapan tenaga buruh. Pada zaman sebelum merdeka hinggalah sekarang, sektor perindustrian mencatatkan sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi Negara. Dalam proses memajukan Negara, tonggak kepimpinan Negara telah mengambil langkah berwibawa dengan membawa kemajuan dan transformasi dalam sektor ini. Ini merupakan inisiatif bijak dari pihak kerajaan dimana ia telah memandang penting kenyataan, “Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah berasaskan kepada sektor perindustrian” Hal ini telah menjadikan sektor perindustrian di Negara ini antara sektor terpenting dalam penyumbang kemajuan Negara. Sektor perkhidmatan terdiri daripada pelbagai subsektor yang sebahagiannya boleh diperdagangkan termasuklah industri pelancongan.
Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong (Matthieson dan Wall, 1991). Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam (Salah Wahab dan Cooper, 2003).
Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).
 
Industri Pelancongan adalah orang yang membuat lawatan atau kunjungan pada masa kelapangan (Honey, 1999). Di Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan.
 
 
Kini Malaysia di iktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi pelancongan utama, dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi penerimaan global. Industri pelancongan juga merupakan penyumbang yang penting kepada ekonomi Negara. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Pelancongan merujuk kepada pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, dan ia merangkumi subsektor yang berikut: penginapan, membeli-belah, produk pelancongan (iaitu ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik. Malaysia mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk melonjakkan dirinya menjadi destinasi pelancongan yang utama. Industri pelancongan sudah sememangnya besar, telah pun berkembang secara tekal dengan pantas untuk tempoh 10 tahun yang lepas dan juga mempunyai kedudukan daya saing global yang kukuh. Asas yang kukuh ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi Negara. 
TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN.
 
 
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Malaysia mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk melonjakkan dirinya menjadi destinasi pelancongan yang utama. Industri pelancongan sudah sememangnya besar, telah pun berkembang secara tekal dengan pantas untuk tempoh 10 tahun yang lepas dan juga mempunyai kedudukan daya saing global yang kukuh. Asas yang kukuh ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi Negara.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1987. Kementerian ini memainkan peranan dalam menyediakan insentif, meningkatkan mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih menyeluruh dan menyediakan peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia sehingga ke hari ini.
Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar Negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum. Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.
Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Walaubagaimanapun, sektor pelancongan negara telah mula dilihat mengalami perkembangan positif pada era tahun 70an. Ketibaan pelancong melalui udara dan air ke Malaysia telah meningkat.
Sektor pelancongan negara dilihat semakin berkembang pada awal tahun 80-an. Pada ketika ini negara sudah aman daripada ancaman komunis dan juga ancaman luar.
 

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA.

 
 
Pelancongan merupakan industri baru yang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Kepesatan industri ini menyumbangkan kesan positif terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial destinasi (negara, wilayah, lokasi) yang dikunjungi pelancong. Kemampuannya sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan penggerak pembangunan kawasan luar bandar menyebabkan kerajaan di negara-negara membangun memberikan perhatian serius terhadap pelancongan (Mbaiwa, 2005). Destinasi yang dikunjungi pelancong memperoleh manfaat di samping mengubah corak pembangunan kawasan luar bandar.
 
Pelancongan juga menyumbangkan kesan negatif terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial apabila pembangunan dilaksanakan secara adhoc serta perancangannya tidak mengambil kira aspek-aspek lain. Jika dibiarkan berterusan, perkembangan industri pelancongan untuk jangka masa panjang akan terancam.
 
 
Ekonomi (Kesan Positif)
 
 
1.    Menyumbang kepada pendapatan.
 
 
·         Kemasukan pelancong menyumbangkan pendapatan kepada negara. Contohnya, sumbangan pelancongan kepada ekonomi Malaysia sebanyak RM 17,355.4 juta (2000) meningkat kepada RM 31,954.1 juta (2004) (Tourism Malaysia,2006). Perolehan pendapatan berpunca daripada perbelanjaan pelancong meliputi penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan, membeli-belah serta cukai yang dikenakan terhadap pengusaha premis (penginapan, agensi pelancongan, restoran, pusat membeli-belah dan agensi pengangkutan). Pendapatan yang diperoleh digunakan bagi pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan awam dan memperbaiki perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat dan pelancong.
 
 
·         Akibat sumbangan yang menggalakkan terhadap ekonomi, Tahun Melawat Malaysia 2007 dilancarkan dengan tema Malaysia Welcomes The World untuk menarik lebih ramai pelancong bercuti di Malaysia. Seramai 20.1 juta pelancong dijangka melawat Malaysia dan memperoleh pendapatan sebanyak RM 44.5 billion (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2006).
 
 
·         Perkembangan pelancongan yang mampu menjanakan pendapatan lumayan menggalakkan penglibatan pelbagai pihak melabur dalam industri ini. Pelaburan tertumpu dalam pembangunan resort, penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan, pengangkutan,kemudahan lain dan sebagainya. Di Malaysia, penglibatan swasta dalam pelancongan amat digalakkan kerana membantu kerajaan melaksanakan pelbagai pembangunan dan mencapai dasar yang ditetapkan.
 
 
2.    Meningkatkan penyediaan infrastruktur dan kemudahan.
·         Kedatangan pelancong ke destinasi pelancongan mengwujudkan permintaan terhadap infrastruktur dan kemudahan bagi menampung kehendak pelancong. Oleh itu, destinasi pelancongan yang terletak di kawasan luar bandar disediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan sistem telekomunikasi. Selain itu, kemudahan masyarakat seperti sekolah, pusat kesihatan, pusat keagamaan dan dewan. Akhir sekali, kemudahan pelancongan seperti taman rekreasi dan tapak perkelahan. Penduduk yang tinggal disekitar destinasi menikmati pembangunan secara tidak langsung. Sebagai contoh, penduduk Kampung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit menerima infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang berkualiti akibat pembangunan pelancongan di Taman Negeri Perlis. (Johan Afendi Ibrahim, 2005).
 
 
3.    Menyediakan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan.
·         Kewujudan peluang pekerjaan di sesebuah destinasi bergantung kepada bilangan kemasukan pelancong dan jumlah wang yang dibelanjakan. Ini disebabkan pelancong memerlukan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sepanjang percutian. Peluang pekerjaan dan perniagaan yang dijanakan mampu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk dan mencapai hasrat kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dan pengangguran terutama di luar bandar. Penduduk mendapat pendedahan untuk menceburi perniagaan baru yang menguntungkan serti berdikari.
 
 
4.    Penawaran barangan dan perkhidmatan yang berkualiti.
·         Perkembangan perlancongan menggalakkan pelabur menanam modal di destinasi pelancongan. Pelaburan meliputi penyediaan pelbagai barangan, kemudahan dan perkhidmatan. Kemasukan pelabur yang ramai di sebuah destinasi mewujudkan persaingan dalam memasarkan barangan, kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelancong. Kesannya, pelancong mempunyai kuasa memilih yang tinggi bagi memperoleh barangan, kemudahan dan perkhidmatan yang dikehendaki mengikut citarasa dan kemampuan mereka.
 
 
Ekonomi (Kesan Negatif)
 
 
1.    Kebocoran ekonomi.
·         Situasi ini berlaku apabila wang yang dibelanjakan pelancong berada di destinasi yang dikunjungi dalam bentuk bayaran, faedah dan gaji. Ini dapat dilihat apabila rakyat dari sebuah negara melancong ke sebuah destinasi yang terletak di negara lain. Mereka berbelanja di destinasi tersebut meliputi penginapan, kemudahan, perkhidmatan, makanan dan minuman serta membeli belah. Akibatnya, destinasi yang dikunjungi memperoleh wang yang dibelanjakan oleh pelancong ini. Isu yang wujud dari situasi ini adalah pengaliran wang dari negara asal kesebuah negara lain yang memberi pengaruh terhadap kadar tukaran mata wang. Jika pengaliran wang keluar tidak diuruskan dengan baik, ini mampu mempengaruhi perkembangan ekonomi sesebuah negara.
 
 
2.    Penguasaan destinasi oleh pelabur asing.
·         Pembangunan destinasi pelancongan yang di dominasi pelabur asing menyumbangkan kesan negative terhadap penduduk tempatan. Pelabur asing membuat pelaburan dalam pembangunan resort, penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan, pengangkutan, barangan dan kemudahan lain kepada pelancong. Jika situasi ini tidak dikawal, pelabur asing memonopoli pasaran dan mempunyai kekuatan untuk mengawal perkembangan destinasi pada masa depan. Setiap perancangan dan pembangunan yang dilakukan bertujuan memperoleh keuntungan berlipat ganda untuk kepentingan sendiri. Akibatnya, penduduk tempatan dipinggirkan daripada memperoleh manfaat pembangunan destinasi disebabkan kurangnya pengetahuan, kemahiran dan modal.
 
 
3.    Peningkatan harga barangan, kemudahan dan perkhidmatan.
·         Kemasukan pelancong ke destinasi mewujudkan permintaan terhadap barangan, kemudahan dan perkhidmatan. Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan menyebabkan pengusaha terpaksa menanggung kos yang tinggi meliputi pinjaman bank, bayaran sewa lantai, cukai pintu, gaji pekerja, bahan api, barangan pembinaan, penyelenggaraan dan sebagainya. Bagi menampung kos ini, pengusaha menaikkan harga barangan, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ini membebankan pelancong yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah untuk mendapatkan barangan, kemudahan dan perkhidmatan. Penduduk tempatan yang tinggal di sekitar destinasi tertekan akibat kos hidup yang tinggi.
 
 
4.    Persaingan yang tidak sihat dikalangan pengusaha.
·         Persaingan yang tinggi dikalangan pengusaha dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan kepada pelancong boleh mewujudkan keadaan yang tidak sihat disesebuah destinasi. Bagi memastikan produk laku dijual, mereka menggunakan pelbagai strategi yang tidak sihat seperti sabotaj, mengunakan khidmat kumpulan kongsi gelap bertujuan melenyapkan pesaing. Apabila situasi ini berlaku, pelancong yang mengunjungi destinasi tersebut berasa tidak selesa dan selamat disebabkan gangguan yang wujud. Mereka meninggalkan destinasi ini dan mengunjungi ke destinasi yang lebih selamat. Jika keadaan ini tidak dikawal, destinasi yang ditinggalkan pelancong mengalami kemerosotan pembangunan pelancongan dalam jangka masa panjang.
 
 
Dari segi ekonomi, sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
 
 
Di samping itu, sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti “Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Oleh itu, sektor pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara kita.
 
HALANGAN DAN CABARAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN
 
 
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan.
Persaingan dengan negara luar. Antara cabaran yang dihadapi adalah wujudnya persaingan dalam industri pelancongan dengan negara-negara lain di mana negara tersebut juga sedar akan kepentingan sesebuah industri pelancongan untuk negara. Setiap negara mempunyai keistimewaan tersendiri yang menjadi pusat masing-masing termasuklah pusat membeli-belah, makanan, tempat tema, keindahan alam semulajadinya dan lain-lain lagi. Justeru itu, kreativiti sesebuah negara dalam mempromosikan negara masing-masing adalah amat penting untuk menarik para pelancong dan menjadikan Malaysia destinasi utama pelancong. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia haruslah membuat persedian yang cukup untuk menarik para pelancong ke Malaysia.
Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa kini, negara kita mempunyai alam sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong hendak menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.
Bukan itu sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga merupakan salah satu faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap bahawa mereka akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan kerana pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang tidak sama di negara lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti permainan, seni, persembahan yang tradisional dan seandai-andainya.
Negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur dengan tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-sama menghadapi cabaran dan menjanjikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di negara kita.

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

  
Pada tahun 1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja dan dengan ini Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun. Ahli-ahli Lembaga Pengarang adalah dilantik oleh Y.B. Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Perbadanan dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urus Perbadanan. Di dalam menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa dan serantau, menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara negeri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri menyertai dalam pembangunan fizikal industri pelancongan, mengadakan perhubungan perwakilan dan menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan pelancongan Antarabangsa dan serantau, menempatkan Malaysia sebagai pusat konvensyen, mengikuti perkembangan pembangunan dan mempastikan keperluan sekarang dan masa depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri dan juga membuat pengesyoran bagi pembangunan Wilayah, mengumpul, mengolah data-data pelancongan dan keterangan-keterangannya bagi penggunaan statistik pelancongan, mengatur, mengawal dan menentukan Industri Pelancongan berkembang bagi kepentingan negara. Dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan telah bekerjasama dengan pihak swasta dalam membangunkan produk-produk pelancongan baru. Kemudian, pada tahun 1994, kerajaan sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1994 (TMM 94) dengan menawarkan 170 program dan acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaan, sukan, konvensyen dan pameran. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi jugaterbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia kerana kata orang tak kenal, maka tak cinta. Hasilnya, baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia. Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Kini, terdapat pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi citarasa pelancong yang pelbagai. Antara lain, kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan juga menggalakkan agro pelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara dalam bidang perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan bagi menarik minat pelajar asing menimba ilmu di menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus bertaraf dunia. Deduksinya, produk pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen Zoom Malaysia, iaitu “Segala-galanya terdapat di Malaysia”. Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan. Salah satu cara sokongan kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan adalah melalui, fungsi tourism Malaysia. Tourism Malaysia akan memanfaatkan promosi dan pemasaran digital sepenuhnya melalui penggunaan perkakasan interaktif dan media sosial yang inovatif untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang disesuaikan mengikut keperluan segmen pasaran khusus. Media sosial akan digunakan untuk menguasai pasaran pelancong memandangkan pandangan dan ulasan dalam talian menjadi semakin popular sebagai rujukan kepada pelancong dalam membuat keputusan pengembaraan. Peserta industri akan digalakkan untuk memaksimumkan potensi pemasaran digital dengan memanfaatkan platform yang disediakan oleh Tourism Malaysia. Platform pemasaran akan dipertingkatkan untuk lebih mesra pengguna, interaktif dan mempunyai kandungan yang menarik dan relevan. Pembangunan dan pelaksanaan produk serta kemudahan secara bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah untuk membolehkan kecekapan dan keberkesanan dalam pembangunan pelancongan secara lestari dengan penggunaan sumber secara optimum dapat dicapai. Semua projek pelancongan akan dibangunkan berdasarkan Dasar Pelancongan Negara. Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, antara fungsi Kementerian Pelancongan Malaysia ialah menggubal dasar pelancongan negara bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian selain melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan ini juga dibahagikan kepada pengurusan tertinggi, beberapa bahagian dan unit serta beberapa jabatan dan agensi di bawah seliaannya seperti Tourisme Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Lembaga pembangunan seni visual negara dan banyak lagi. Antara usaha yang dijalankan untuk pembangunan industri negara pelancongan adalah:-
 
 
a)    Program Pelancongan
·         Sukarelawan Pelancongan (Voluntourism) - Menggalakkan sukarelawan untuk terlibat dengan aktiviti pembangunan pelancongan.
·         Pelancongan pelajar - Memupuk budaya melancong di kalangan pelajar agar melancong ke tempat - Tempat bersejarah, kebudayaan, eko-pelancongan dan lain-lain.
·         Pelancongan pendidikan - Untuk menarik lebih ramai pelajar asing untuk menyambung pengajian di Malaysia.
·         Agro-Pelancongan - Menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong.
·         Pelancongan sukan - Penyedian kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih sebagai pengajur sukan.
 
 
b)    Kursus Berkaitan Pelancongan
 
·         We Are The Host (WATH) - Melatih semua barisan hadapan (frontliners) di dalam sektor pelancongan.
·         Eco-Host Malaysia - Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keperluan memelihara dan memulihara alam sekitar.
·         Bot Pelancong - Untuk meningkatkan kesedaran dengan memberi tumpuan kepada aspek teknikal, keselamatan, pencegahan dan kaedah-kaedah pengendalian pelancong dan peralatan yang betul.
·         Think Tourism - Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada frontliners bagi melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran dalam industri pelancongan dan mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan pelanggan.
·         Program Latihan Terapi Spa (PLTS) - Membangunkan kepakaran tempatan dan mengawal selia industri spa dengan lebih berkesan. Ia juga disasarkan untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap pekerja terapi spa asing serta memberi peluang kerjaya baru dalam industri pelancongan.
c)    Tabung Dan Insetif
·         Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan - Menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman Dana Pelancongan yang bertujuan untuk membantu pengusaha yang ingin membangunkan atau mengembangkan produk-produk pelancongan.
·         Galakan Cukai - Pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat pelancongan yang mengendalikan pakej pelancongan dengan membawa pelancong asing ke Malaysia dengan bilangan yang ditetapkan.
·         Skim Bantuan Kebudayaan - Menyediakan bantuan kewangan dan khidmat nasihat kepada BBK seni dan budaya untuk melaksanakan aktiviti menyokong usaha pembangunan seni dan budaya negara.
·         Skim Bimbingan Seni - Menyediakan kursus yang tertumpu kepada aspek-aspek penyelenggaraan, perekaan seperti rekaan lampu (lighting design), set dan prop (scenic design) dan rekaan audio (sound design). Terdapat juga Kursus Pemasaran Untuk NGO dan Kursus Pengurusan, Pentadbiran dan Pemasaran NGO.
·         Sumbangan & Tajaan Seni - Segala bentuk tajaan yang disumbangkan akan diberi keutamaan penghargaan serta pengiktirafan khas dalam setiap promosi, bahan cetakan dan terbitan. Di anatara pihak-pihak yang telah menjadi penaja utama dalam program di BSVW terdahulu ialah seperti Philip Morris Malaysia, ExxonMobil Malaysia, Shell, Nokia, Malayan Tobacco dan Petronas.
d)    Tekun Nasional
·         TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional yang kini merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diwujudkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Salah satu jenis atau bentuk pembiayaan pinjaman perniagaan TEKUN seperti program adalah TEKUN Pelancongan yang mana ia Menyediakan pembiayaan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan atau projek dalam sektor pelancongan untuk aktiviti-aktiviti program Homestay, calet, peralatan rekreasi, agro-pelancongan dan lain-lain sebagaimana yang di tentukan oleh TEKUN.
e)    Syarikat Penerbangan Air Asia
·         Selain daripada kerajaan merangka usaha-usaha untuk perkembangan industri pelancongan, sektor swasta juga perlu turut sama dalam usaha tersebut supaya matlamat dapat dicapai. Antara usaha sektor swasta yang ada adalah melalui syarikat penerbangan Air Asia di mana Air Asia mengadakan pakej tambang murah para pelancong yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara. Hal ini dapat membantu kerajaan mempromosikan negara dengan meletakkan imej-imej menarik yang terdapat di Malaysia pada badan kapal terbang untuk menarik pelancong.
·         Antara usaha lain syarikat Air Asia adalah dengan Air Asia terhadap industri pelancongan sabah dari segi jaringan perhubungan dan membawa jumlah pelancong tertinggi ke sabah sepanjang tahun 2013. Syarikat penerbangan tersebut juga telah meningkatkan jaringan perhubungan ke sabah dengan penerbangan antarabangsa dan domestik dengan 23 destinasi yang membolehkan para pelancong meneroka tempat-tempat menarik bertaraf dunia selain mencari peluang perniagaan di negeri tersebut. (Astro Awani, 23 Nov 2015).
f)     Elang Wah Sdn Bhd
·         Elang Wah Sdn Bhd merupakan syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram Ramli. Ia merupakan salah satu usaha yang baik untuk pembangunan industri pelancongan dengan penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan perkhidmatan bas KL Hop-On-Hop Off dilihat sebagai tepat pada masanya sempena Tahun Melawat Malaysia.
·         Dengan munculnya beberapa pengangkutan awam yang lebih mesra pelancong seperti KL Hop On Hop Off, pelancong kini tidak lagi mengalami kesusahan untuk mengujungi lokasi pelancongan. Sebagai contoh KL Hop On Hop Off membawa anda ke tempat pelancongan dan kekerapan bas tersebut menjadikan ia pilihan kebanyakan pelancong asing. Tambang satu tiket sehari murah yang dikenakan sesuai untuk dilaksanakan di tempat lain di Malaysia bagi menggalakkan ramai pelancong asing melancong di tempat lain di Malaysia.
 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN

 
 
SMIDEC ditubuhkan untuk mengatasi masalah IKS, memperkenalkan pelbagai program contoh membuat promosi tentang IKS, bantuan teknikal modal serta pemberian subsidi. Merapatkan kerjasama dengan syarikat besar, sentiasa memastikan keluaran IKS adalah bermutu dan bertaraf global. Program penyelidikan dan pembangunan di berikan kepada teknologi IKS. Teknologi IKS yang berinovatif akan diberikan pengecualian cukai iaitu Program Tahap Perintis. Elaun bagi modal yang dilaburkan oleh IKS.Perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan R&D akan diberikan pemotongan cukai. Agensi dan badan yang membantu untuk penyelidikan IKS ialah Mimos dalam bidang telekomunikasi, MARDI, PORIM dan MPOB dalam bidang pertanian, SIRIM Mengiktiraf kualiti keluaran rekebentuk dan kejuruteraan. Program Rantaian Industri (ILP) ialah untuk merapatkan hubungjalin atau kerjasama dengan syarikat besar dan multinasional. Program ini bertujuan menjadikan IKS sebagai pengeluar penting kepada barangan elektronik, komputer, aksesori mesin dan sebagainya. IKS bertindak sebagai vendor kepada syarikat besar. Program Bantuan Kewangan oleh institusi kewangan dan SMIDEC.Contoh apabila IKS menghadapi masalah kewangan aka nada tabung untuk memulihkan krisis kewangan tersebut. PAKSI pula bertindak sebagai permulaan kepada IKS untuk membiayai modal kerja, membeli jentera, mesin dan lot kilang.Tabung Bantuan Teknikal Industri ditubuhkan bertujuan untuk memberi geran. Tujuan tabung ini ialah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan produk pengeluaran. MARA, MIDF, Agrobank adalah agensi yang terlibat yang sentiasa memberi bantuan pinjaman kewangan kepada IKS yang mempunyai masalah permodalan dan kewangan IKS. Program Pembangunan Infrastruktur oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar). Program ini menyediakan tapak kilang dan prasarana yang baik kepada IKS. Taman Perindustrian IKS ditubuhkan disetiap negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri dan Malaysian Industrial estate Sendirian Berhad (MIEL). Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja IKS. Menyediakan klinik perniagaan, seminar, latihan dan bantuan kepada IKS. MARA berindak memberi ilmu dalam bidang keusahawanan, memberi pinjaman, semangat dan bagaimana memulakan ilmu IKS. Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan untuk memberi ilmu kemahiran dalam bidang jahitan, kraftangan, pertukangan dan sebagainya.MEDEC (Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia) bertujuan memberi latihan, ISO 9000 dan ilmu usahawan kepada IKS.MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) untuk meningkatkan produk dan mutu pengelauaran IKS.FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), MARDI (Institute Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) adalah contoh pelbagai agensi yang menbantu menyediakan latihan kemahiran dan teknikal.Mereka juga bertindak memberikan ilmu usahawan kepada IKS. Pembangunan Pemasaran untuk mempromosikan keluaran IKS seperti pameran, lawatan perniagaan, majalah portal, ekspo atau carnival untuk membantu memasarkan produk IKS. MARA ditubuhkan untuk memberi latihan, ilmu dan kemahiran kepada IKS bagaimana memulakan perniagaan. FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) bertindak memasarkan barangan pertanian dan memasarkan produk tersebut. MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) memberi ilmu tentang produktiviti, dalam import dan eksport barangan ke luar negara, memeperluaskan pasaran produk IKS.
KESIMPULAN
 
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang untuk melaksanakan serta meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat. Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Peta perlancongan dunia sudah membuka mata dan meletakan nama Malaysia sebagai salah satu destinasi perlancongan yang menarik untuk dikunjungi. Sejak tahun 1985 sehingga kini Malaysia telah menjadi buah mulut pelancong asing mahupun tempatan. Saban tahun kehadiran pelancong dari luar Negara sentiasa bertambah. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan dan pihak swasta sentiasa giat mempromosikan Malaysia diseluruh dunia termasuk ke Negara China, Negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah untuk merancakan lagi. Walaubagaimanapun Malaysia adalah sebuah Negara yang strategik dan kerajaan Negara ini boleh mengambil langkah yang drastic untuk memulihkan keadaan atau konflik yang di hadapi dalam menceburi bidang industri pelancongan.
 
 
Justeru itu, penambahbaikan dan kajian untuk menambahbaik segala yang ada berkaitan dengan industri pelancongan perlu dilihat dan dikaji dari semasa ke semasa supaya industri pelancongan Malaysia mampu setanding dengan industri pelancongan di peringkat antarabangsa. Usaha-usaha pihak kerajaan dan swasta dalam mempromosikan negara perlu digiatkan dengan lebih aktif. Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia juga. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta berkerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini. Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam sehinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.
Akhir sekali, jika semua usaha yang dijalankan oleh semua pihak dilakukan dengan baik, maka pembangunan industri pelancongan akan lebih berkembang dan maju selaras dengan hasrat Wawasan 2020.
 
RUJUKAN
 American University Washington D.C. (2004). Tourism and agriculture : Creating
linkages. Dicapai pada Disember 19, 2006, daripada http://www.statistics.gov.my.
Britton, S.G. (1981). Tourism, dependency and development : A mode of analysis.
National Library Of Australia.
Butler,R. (1992).alternative tourism : The thin edge of the wedge. In smith V.L. &
Eadington W.R. (Eds.). Tourism alternatives : Potentials and problems in the development of tourism. John Wiley & Sons.
Chadwick, G.(1978). A System View of Planning, Towards A Theory pf the Urhan
and Regional Planning Process. London : Pergamon Press.
Davidoff, P., & Reiner, T. (1962). A choice theory of planning, Journal of the
American Institute of Planners. In Putman, S.H. & Chan (1997). Planning support systems : An experimental integration of urban models and GIS, Proceedings of GIS AM/FM Asia ’97, Taiwan
Johan Afendi, Ibrahim. (2005). Kesan pembangunan pelancongan Taman Negeri
Perlis terhadap sosioekonomi penduduk tempatan. Kajian kes: Mukim Titi Tinggi, Perlis Kedah.
Johan Afendi, Ibrahim & Mohamad Zaki, Ahmad. (2004). Perancangan dan
pembangunan resort di kawasan persisiran pantai. Seminar kebangsaan sumberjaya pinggir pantai dan pelancongan: Isu dan cabaran.
Katiman, Rostam. (1988). Pngantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. (1992). Malaysia National
Tourism Policy. Kuala Lumpur: MOCAT.
Kerajaan Malaysia. (1990 – 2000). Laporan Rangka Rancangan Jangka Panjang 2
dan 3. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Behad
Pearce, D. (1989). Tourism Development. (2nd es). Longman.